Assalamualaikum.
09/02/2026 (Isnin) bersamaan 21 Syaaban 1447H
Pada hari Sabtu minggu lalu, sebanyak 30 pek bantuan berupa barangan keperluan dapur telah berjaya diagihkan kepada asnaf & miskin bandar oleh sebuah NGO yang bergerak aktif sekitar kawasan Lembah Kelang yang diketuai oleh Tn. Hj. Faudzi. Ini merupakan kali kedua beliau menyalurkan bantuan & sumbangan menerusi Masjid Lembah Subang 2.
Jutaan terima kasih diucapkan buat beliau & jawatankuasa yang terlibat!
Alhamdulillah ![]()






