Selamat Datang Ke

Masjid Lembah Subang 2

Pengenalan

Pembinaan Masjid Lembah Subang 2 telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 Januari 2020 (JAI.Sel.BPM/01/018/1 JLD 5). Masjid yang dianggarkan bernilai RM 15 juta akan dibina di tapak seluas 2.69 ekar yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Masjid ini boleh menampung sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa memandangkan kepadatan penduduk yang meningkat berikutan pembinaan-pembinaan kondominium baru sekitar kawasan setempat.


Masjid Lembah Subang 2 yang terletak di kawasan Lembah Subang, Petaling Jaya ini bakal menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar mahupun masyarakat luar, dalam pelbagai aktiviti-aktiviti ibadah khusus seperti solat berjemaah, ibadah korban, kuliah-kuliah, program dakwah serta program kemasyarakatan dan pendidikan Islam.


Masjid Lembah Subang 2 ini juga menyediakan pelbagai fasiliti ataupun kemudahan lengkap untuk jemaah demi keselesaan masyarakat setempat seperti Kuarters Imam dan Bilal, Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Kiosk Perniagaan dsb.

Kata-kata Aluan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, usaha murni untuk merealisasikan pembinaan Masjid Lembah Subang 2 dapat digerakkan dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak.


Pembinaan masjid ini merupakan satu keperluan penting bagi memenuhi tuntutan masyarakat setempat yang semakin bertambah, khususnya di kawasan Lembah Subang 2 dan sekitarnya. Masjid ini bukan sahaja akan menjadi tempat ibadah, malah diharapkan menjadi pusat perkembangan ilmu, perpaduan masyarakat serta pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.


Bagi pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Lembah Subang 2, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, idea dan juga doa bagi menjayakan projek ini. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan usaha pembinaan masjid ini dapat direalisasikan dengan jayanya.


Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh masyarakat, para dermawan serta pihak-pihak yang prihatin agar terus memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan pembinaan masjid ini. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta diberkati oleh Allah SWT.


Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar segala urusan pembinaan Masjid Lembah Subang 2 dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Hj Mohd Jamil Bin Sahat

Pengerusi

Jawatankuasa Pembinaan

Masjid Lembah Subang 2

Rekabentuk Masjid Lembah Subang 2

DERMA PEMBANGUNAN MASJID

Bagi merealisasikan pembinaan masjid ini, pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lembah Subang 2 telah mendapat kebenaran daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi menjalankan kutipan wakaf khas untuk memungut dan mengeluarkan resit rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Lembah Subang 2 telah memutuskan beberapa cara sumber pembiayaan pembinaan.

{{brizy_dc_image_alt imageSrc=
{{brizy_dc_image_alt imageSrc=

Surat Kebenaran Mengutip Dana Wakaf Khas Masjid Lembah Subang 2

Jumlah Kutipan Yang Diperlukan

RM 15,000,000.00

Jumlah Kutipan Terkini (Setakat 13 Mar 2026)

RM 9,000,000.00

Baki Yang Diperlukan

RM 6,000,000.00

 Derma Pembangunan Masjid 

Alhamdulillah, dengan ini seluruh warga Masjid Lembah Subang 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang ke tabung Masjid Lembah Subang 2. Kami mendoakan para penyumbang diberikan kesihatan yang baik dan diluaskan rezeki. Semoga harta dan sumbangan menjadi bekalan indah menuju ke akhirat kelak. Aamin ya Mujib.

"Apabila mati anak Adam (manusia), maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."


- Hadis Riwayat Muslim -

ONLINE TRANSFER / QR CODE


Infaq ke Masjid Lembah Subang 2 melalui Online Transfer :

Nama Akaun - Tabung Pembinaan Masjid Lembah Subang 2

No. Akaun Bank Islam - 12131010012861


Atau Scan QR Code di bawah.

{{brizy_dc_image_alt imageSrc=
 Berita Masjid 

Berita dan Aktiviti Semasa Masjid Lembah Subang 2

{{brizy_dc_image_alt entityId=
Salam Ramadhan 09 Mac 2026 bersamaan 19 Ramadhan 1447H Info : Program Karangkraf Ramadhan Food Drive 2026 dengan kerjasama Nestle serta inisiatif 1 rumah, 1 Al~Quran yang telah dianjurkan di Masjid Lembah Subang 2 berlangsung […]
{{brizy_dc_image_alt entityId=
Salam Ramadhan 05 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadhan 1447H Info : Alhamdulillah, kerja-kerja merata tanah dan membina sistem perparitan Masjid Lembah Subang 2 sudahpun dimulakan oleh pihak Kontraktor. Tuan/Puan teruskan menyumbang bagi meraih pahala berganda […]
{{brizy_dc_image_alt entityId=
Salam Ramadhan Al Mubarak.. 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadhan 1447H Lokasi : Karangkraf Sekyen 15, Shah Alam JK PMLS2 bersama komuniti Nestle menyediakan pack bantuan Ramadhan untuk diagihkan kpd golongan asnaf, miskin bandar dan […]

{{brizy_dc_image_alt imageSrc=

HUBUNGI KAMI

Pejabat Pengurusan, Tapak Pembinaan Masjid Lembah Subang 2,

Jalan PJU 1A/46, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

019-3629-239

masjidlembahsubang@gmail.com

{{brizy_dc_image_alt imageSrc=